Sunday 10 July 2011

Kata-Kata Aluan Pengasas


Assalamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh..... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Syukur alhamdulillah, dengan berkat dan kurniaNya, dapatlah saya mencoretkan sepatah dua kata bagi kata-kata aluan untuk semua pengunjung blog saya ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas  sokongan dan sambutan orang ramai terhadap perubatan saya ini. Perubatan saya ini adalah diwariskan daripada turun temurun sehinggalah kepada saya sehingga kini. Semasa saya masih bersekolah, saya melihat ramai orang datang ke teratak dimana datuk saya tinggal terutamanya lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin untuk berubat bersama beliau untuk memulihkan kembali tenaga batin tersebut. Bahkan, ramai lelaki yang ingin berumah tangga datang ke sini untuk mempelajari ilmu di mana ingin menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa supaya tidak malu bersama pasangan beliau semasa melakukan hubungan suami isteri.

Saya memulakan perniagaan saya ini bermula pada seawal tahun 1995 lagi. Ketika itu, hanya sambilan dan hanya suka-suka untuk membantu rakan-rakan yang bermasalah yang berkaitan dengan kelamin ini. Di sebabkan sambutan yang menggalakkan dan promosi daripada kawan-kawan yang terdekat, akhirnya perniagaan ini berkembang sehingga kini.